Adakah ..

  • Anda yakin jualan online adalah bisnes sebenar?
  • Anda tak cukup modal untuk jadi stokis atau buat produk sendiri?
  • Anda ingin mulakan bisnes online?
  • Anda tak tahu nak start macam mana?
  • Anda yakin kejayaan dan kekayaan datang dengan usaha luar biasa?
  • Anda tahu anda perlu TAKE ACTION  untuk berubah?

Jika ada jawapan “Tak”, “Tidak”, Tak Tahu”, “Apa yang kau merepek ni?”

Sila tinggalkan laman web ini SEKARANG.

Boleh sambung tengok Facebook atau layan WhatsApp Group anda.

Terima kasih kerana ambil masa untuk lawati The ARC.
Saya doakan kebahagiaan dan kesihatan anda serta keluarga. Amin.

Jika jawapan anda “Ya” pada semua soalan di atas, teruskan membaca.

Siapa saya ..

Nama saya Ahmad Khalil, atau lebih dikenali di Internet sebagai Khalil Himura.

Founder Dropshipking.co, sebuah penggabung dropship (“Dropship Aggregator”) di Malaysia dengan fokus pada produk-produk keluaran IKS tempatan. Penyedia platform B2B eCommerce & perkhidmatan pengurusan dropship sejak Mei 2016.

Kerjaya saya bermula pada umur 18 tahun setelah saya memperoleh 3 sijil profesional dari Microsoft pada tahun 2001

Microsoft Certified Professional (MCP)
Microsoft Certified Solution Developer (MCSD)
Microsoft Certified Database Administrator (MCSD)

MCP, MCSD, MCDBA

Projek pertama saya adalah pembangunan sistem laporan Program Kepastian Kualiti (QAP) bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kegunaan semua klinik kesihatan, pejabat kesihatan daerah dan jabatan kesihatan negeri.

Setelah itu saya bekerja sebagai penganalisa sistem untuk sebuah firma konsultasi tempatan yang bekerjasama dengan Accenture Malaysia untuk melaksanakan projek transformasi IT Tenaga Nasional Berhad (TNB). Dengan klualifikasi saya dalam sistem pangkalan data, saya ditugaskan untuk menjaga & mengolah data-data wargakerja TNB untuk kegunaan projek.

Pada tahun 2006, saya melibatkan diri dalam dunia komunikasi satelit sebagai konsultan untuk satu syarikat wireless Internet membangunkan jaringan komunikasi satelit bersama rakan teknologi dari Ukraine. Saya bersama ahli projek yang lain berada di Ukraine selama beberapa bulan untuk tujuan “Transfer of Technology” (TOT). Setelah itu, saya ditempatkan di Makati (Filipina) selama 6 bulan memantau penyediaan teknologi tersebut untuk kegunaan syarikat telekomunikasi tempatan.

Kemudian saya diberikan amanah untuk mengendalikan syarikat sistem pembayaran MEPSCASH yang baru diambil alih oleh syarikat induk pada tahun 2010. Sebagai sebuah syarikat berlesen dari Bank Negara Malaysia, saya mendalami sistem perbankan antarabangsa dengan meneruskan pembangunan “Islamic Payment Switch” (IPS) bersama Al Rajhi Bank (Malaysia & Saudi) dan Bank Indonesia untuk mewujudkan jaringan perbankan elektronik yang menghubungkan Saudi – Malaysia – Indonesia.

dk_logo_v2_orange

Pada pertengahan tahun 2012, saya mengambil keputusan untuk membina bisnes sendiri dalam bidang eCommerce.

Setelah 2 tahun membuat kajian tentang eCommerce di Malaysia, saya dapati konsep dropship mula mengambil tapak dikalangan pengusaha produk di Internet & mengenalpasti peluang dalam ruang tersebut. Saya mengambil masa lagi 2 tahun untuk mengumpul modal pembangunan & memperhalusi proses-proses dropship.

Alhamdulillah, pada awal tahun 2016 Dropshipking.co diperkenalkan dengan tujuan menghubungkan pengusaha IKS (Dropship Merchant) dengan dropshipper (Dropship Agent) dibawah sebuah platform yang memudahkan proses dropship & jualan online.

Dropship Agent yang berdaftar boleh mengakses direktori dropship dan mula membuat jualan online.

Walaubagaimanapun, platform tersebut hanya sesuai bagi mereka yang betul-betul serius dengan bisnes online.

Kurang sesuai jika anda baru dalam bisnes online atau ada kekangan masa..

Tambahan pula, hasil daripada sesi soal jawab dengan prospek-prospek Dropshipking.co, komitmen sebanyak RM100 setiap bulan menakutkan mereka.

Oleh sebab itu, saya memperkenalkan The ARC untuk membuka peluang kepada mereka yang mempunyai “cabaran” seperti di atas.

Apa itu ARC?

arc_logo_v2

 

The ARC adalah sebuah program di bawah kelolaan Dropshipking.co untuk mereka yang ingin berjinak dengan dunia jualan online.

Jika anda ingin membina sebuah bisnes di Internet, The ARC adalah langkah pertama yang anda boleh ambil tanpa mengeluarkan modal yang besar dan sebarang komitmen.

Aktiviti utama The ARC adalah pada jualan produk-produk fizikal terpilih secara dropship.

Dengan erti kata lain, ia adalah sebuah #PusatLatihanDropship.

The ARC akan biasakan anda dengan aktiviti-aktiviti jualan online dan dropship.

Ia dibangunkan dengan tujuan untuk anda TAKE ACTION dan boleh dikembangkan kepada peringkat yang lebih tinggi (lebih banyak produk, lebih banyak pilihan, lebih tinggi keuntungan) bila anda sudah bersedia.

Bagaimana Program ARC Berjalan?

  • Kita fokus pada TAKING ACTION
  • Anda biasakan dengan proses jualan secara dropship
  • Setiap pusingan ("Cycle") anda pilih untuk promote 3-5 produk dropship
  • Anda gunakan platform Dropshipking.co untuk buat order & tracking
  • Komunikasi satu hala di Telegram Channel
  • Komunikasi dua hala di WhatsApp Group (tertakluk pada terma & syarat)
  • BONUS : Knowledge Sharing dari ARC Partner

Anda PERLU join ARC jika ..

  • Anda serius nak mula bisnes online secara dropship

  • Anda nak jadi seorang "Independent Dropshipper"

  • Anda nak mula dari ZERO tanpa komitmen tinggi

  • Anda serius nak TAKE ACTION!

Anda BOLEH join ARC jika ..

  • Anda tak pasti nak mula bisnes online macam mana

  • Anda nak biasa dengan jualan dropship

  • Anda nak lihat perkembangan Dropshipking.co

  • Anda suka saya 🙂

JANGAN join ARC jika ..

  • Anda tiada BIG WHY yang jelas

  • Anda tak mahu TAKE ACTION

  • Anda dah kaya dan bahagia

  • Anda tak hensem atau gojes 😉

"Okay, Khalil! Saya dah bersedia
join program ARC. Berapa yurannya?"

 
Apa anda akan dapat dari program ARC ini adalah akses kepada platform Dropshipking.co. Untuk pengetahuan anda, komitmen untuk menggunakan platform tersebut adalah RM100 setiap bulan. Daripada anda membelanjakan RM20-50 ribu untuk mengeluarkan produk sendiri atau RM5-15 ribu untuk membeli stok permulaan sebagai stokis, modal setahun untuk dapatkan akses produk dropship dari platform Dropshipking.co adalah

RM1,200

Walaubagaimanapun, seperti yang dijanjikan saya ingin bantu mulakan bisnes Internet anda dengan kos yang paling minima. Untuk program ARC saya telah menetapkan harga maksima RM97.
 
Suka saya maklumkan harganya adalah RM97 RM47 jika and join hari ini.

Yezza, cuma RM47 sahaja.

Klik di bawah untuk join:

Penting : Program ARC akan launch (aktiviti menjual bermula) sekitar 15 Oktober 2016. Mungkin 6 Oktober 2016 harga naik Harga dah naik pun sekali 🙂

Dah dah launch nanti naik lagi kot 😉

30 Hari Jaminan Wang Dikembalikan

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan program The ARC, anda boleh hantar permohonan "refund" kepada admin@dropshipking.co 

Permohonan akan ditolak sekiranya alasan tidak boleh diterima. Anda perlu faham betul-betul tujuan The ARC sebelum membuat sebarang bayaran. Harap maklum.